04 November 2012

selamat pengantin baru yana

12 october 2012.

assalamualaikum.
memandangkan ni entri basi izinkan aku untuk bercerita walaupun korang tak nak baca. hehe. biarlah blog ni jadi tempat aku mengadu buat masa sekarang sebab aku sudah pun mengurangkan aktiviti ku dilaman sesawang facebook dan hanya ingin aktif di blog. blog kesayangan aku.

baiklah balik pada cerita utama. waktu tarikh ni, telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu terapat, tercantik dan terbaekkk pernah aku ada, siti lyana nabila hairudin. satu-satunya saudara sebelah mak yang rapat dengan aku atau dengan kata lain sama baya dengan aku. tahniah yana. selamat pengantin baru.

to my dear siti lyana nabila, disini ade sedikit ucapan ringkas yang bakal mengenang sejarah kita dulu. walaupun aku tau kau tak pernah tau pun kewujudan blog aku. tapi this one is really for u.

ingat lagi tak kau waktu aku selalu balik ke melaka..? waktu tu kita masing-masing baru lepas dari SPM. aku akan bermalam dirumah kau, bergelak ketawa bersama dan berpillow talk bersama sampai ke tengah malam bercerita perihal kita di sekolah dulu. aku dengan cerita aku dan kau dengan cerita kau. dan soalan yang tak kan pernah aku lupa bila kau bertanyakan aku tentang teman lelaki atau kawan lelaki yang aku ada. memandangkan aku bersekolah campur, kau merasakan peluang untuk aku dapat teman lelaki amatlah cerah berbanding kau yang bersekolah rendah dan menengah perempuan semuanya.

dan aku masih ingat kau bimbang ade tak lelaki yang nak kan kau disebabkan kau yang tak pernah ade teman lelaki sejak di bangku sekolah. untuk pengetahuan kau (macamlah aku ada teman lelaki waktu tu) ramalan kau salah belaka. sekarang kebimbangan kau dah pun berjawab. kau lebih dulu berkahwin dari aku. alhamdulillah aku sangat gembira untuk kau. walaupun masa untuk aku berkahwin entah bila kan berkunjung tiba. aku bahagia untuk kau wahai sepupu yang terbaik. doakan hari bahagia aku juga ya. insyaallah. hanya tuhan sebaik-baik perancang.

untuk aku kaulah teman yang selalu sudi mendengar keluh kesah aku walaupun kau tau aku asyik ulang cerita yang sama. kau sabar melayan kerenah aku. sekarang kau sudah pun berkahwin dan adenya batas antara kita. semoga bahagia selalu jadi milik kau sayang.



2 orang komen:

Karimunjawa Kita said...

selamat menempuh hidup baru, salam
karimunjawa jepara

Karimunjawa Islands Info said...

selamaat yaaaa...semoga berbahagia

Karimunjawa Islands Info

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS